Apa Itu Hibah Takaful & Kenapa Ia Penting Untuk Waris Anda?
Ramai yang ambil takaful, tapi tak tahu pun apa itu hibah, macam mana ia berfungsi — dan yang paling penting, kenapa ia boleh jadi penyelamat untuk waris bila kita dah tiada.
Kalau kita tinggalkan dunia tanpa sebarang perancangan, waris bukan je bersedih… tapi juga mungkin tersepit dengan beban hutang, perebutan harta atau tiada sumber kewangan langsung. 😞
Apa Maksud Hibah Takaful?
Hibah bermaksud pemberian secara sukarela, tanpa balasan. Dalam konteks takaful, hibah bermaksud:
✅ Wang pampasan (manfaat takaful) diberikan terus kepada penerima hibah yang kita lantik — tanpa perlu melalui proses faraid atau pusaka.
Contoh:
Ali ambil pelan takaful RM300,000 dan letak isterinya sebagai penerima hibah. Bila Ali meninggal, wang itu akan diserahkan terus kepada isterinya — cepat dan tanpa banyak prosedur.
Kelebihan Utama Hibah Takaful
1. 🚀 Cepat & Tidak Perlu Faraid
Tak perlu tunggu proses pembahagian pusaka — penerima hibah boleh guna wang pampasan segera.
2. 🧕🏻 Lindungi Isteri & Anak-anak
Kalau suami meninggal, isteri masih ada dana untuk teruskan kehidupan, bayar hutang rumah, sara anak-anak.
3. ⚖️ Elak Konflik Keluarga
Bila hibah jelas, tiada isu perebutan harta. Waris tak pening kepala berurusan dengan saudara-mara yang menuntut bahagian.
4. 🏘️ Boleh Diguna Untuk Bayar Hutang
Contohnya hutang rumah, hutang peribadi atau komitmen bulanan yang tertangguh bila pencari nafkah utama dah tiada.
Siapa Patut Ada Hibah?
Jawapan ringkas: SEMUA ORANG yang ada tanggungan. Terutamanya:
-
Pasangan muda
-
Ibu bapa anak kecil
-
Suami isteri yang ada hutang rumah / kereta
-
Penjaga ibu bapa tua
-
Usahawan yang ada tanggungan pekerja
Salah Faham Tentang Hibah Takaful 😬
❌ “Saya dah letak nama waris dalam takaful, confirm dia dapat.”
✅ Tak semestinya. Kalau anda tak nyatakan ia sebagai hibah, wang tu mungkin masuk dalam proses pusaka.
❌ “Saya masih muda, belum perlu hibah.”
✅ Kematian tak kira usia. Hibah adalah tanda kasih dan tanggungjawab, bukan ikut umur.
Sudah Ada Pelan Takaful? Semak Semula Siapa Penerima Hibah Anda Hari Ini.
Jangan tunggu sakit atau terlambat. Pastikan pelan takaful anda:
-
Ada penerima hibah yang jelas
-
Dokumen lengkap dan sah
-
Dikemaskini ikut situasi hidup semasa
Nak Saya Bantu Semak & Susun Hibah Anda?
📞 WHATSAPP : https://wa.link/nhjrf1
📧 Email: puterivniss@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan